Ini kerana filem Terminator menjadi terkenal oleh francaisnya yang kini mencakupi game, rancangan bersiri televisyen dan beberapa sequel berkaitan filem berkenaan.
Apakah antara sequel-sequel filem Terminator? Anak muda berusia 20an dan 30an pada masa sekarang mungkin arif dengan sequel filem Terminator ini:
1. Terminator 3: Rise Of The Machines (2003)
2. Terminator Salvation (2009)
3. Terminator Genisys (2015)
4. Terminator: Dark Fate (2019).
Tapi bagi penggemar filem yang berusia 40 tahun ke atas, dua filem Terminator ini akan menjadi tidak asing bagi diri mereka.
5. The Terminator (1984)
6. Terminator 2: Judgement Day (1991)
Untuk pengetahuan, francais Terminator ini bermula dari filem The Terminator yang ditayangkan di panggung wayang pada tahun 1984. Filem ini dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger, Linda Hamilton dan Michael Bienhn.
Filem ini mengisahkan cyborg dari masa depan yang dihantar ke tahun 1984 untuk membunuh Sarah Connor. Pada tahun 2029, mesin yang dikuasai oleh kecerdasan komputer telah menguasai dunia dan mahu menghapuskan seluruh umat manusia.
Bagaimanapun manusia pada ketika itu tidak putus harapan dengan John Connor bertindak menjadi ketua untuk menentang mesin menerusi peperangan. Di sebalik peperangan tersebut, pihak mesin telah pun menghasilkan banyak jentera dan salah satunya ialah Terminator.
Cyborg ini digunakan bagi tujuan penyusupan, pengintipan dan pembunuhan terhadap pihak penentang. Banyak model Terminator sudah dikeluarkan ketika itu dan semuanya mudah dihapuskan oleh penentang.
Akhirnya komputer yang menguasai Cyberdyne System telah pun berjaya menghasilkan cyborg terbaharu mereka iaitu Model 101 dengan siri cyborgnya adalah Terminator 800 atau T-800. Model T-800 ini sukar dikenal pasti sama ada cyborg atau manusia kerana lapisan luarnya disalut oleh daging hidup.
Setelah dihasilkan, T-800 (Arnold) telah dihantar ke tahun 1984 menerusi mesin masa untuk mencari ibu John Connor iaitu Sarah (Linda). Sarah mesti dibunuh atau tidak ia akan melahirkan John yang bakal mengetuai manusia untuk menentang penguasaan komputer pada masa akan datang.
Menyedari mesin menghantar T-800 ke masa lampau untuk membunuh ibunya Sarah, John Connor terus bertindak menghantar Kyle Reese (Michael) untuk menghalang cyborg terbabit daripada menyempurnakan misi pembunuhan tersebut. Kyle jatuh cinta terhadap Sarah dan kedua-duanya melakukan hubungan seks. Sarah akhirnya mengandung dengan Kyle pula sebenarnya menjadi bapa kepada John pada masa hadapan.
Filem The Terminator telah mencapai kutipan cecah panggung. Dengan bermodalkan USD6.4 juta, The Terminator telah berjaya memberikan pulangan hasil sebanyak USD78.3 juta. Nilai untungnya mungkin dianggap kecil.
Namun jika dibanding pada masa sekarang, nilai tersebut mungkin boleh disamakan dengan filem bermodalkan USD100 juta dan memperoleh kutipan cecah panggung sebanyak USD700-900 juta.
Terdapat banyak fakta menarik di sebalik penghasilan filem The Terminator. Antaranya ialah:
1. The Terminator menjulang kerjaya James Cameroon (Pengarah filem Titanic, Aliens dan Avatar) sebagai seorang pengarah baharu.
2. The Terminator juga memperkukuhkan kedudukan Arnold sebagai pelakon utama dalam sesebuah filem.
3. Pihak penerbit asalnya mempertimbangkan O.J Simpson untuk pelakon watak The Terminator manakala Arnold pula sebagai Kyle Reese. Bagaimanapun Simpson dilihat terlalu baik untuk memegang watak Terminator.
4. Arnold hanya mengucapkan 14 patah ayat bagi skrip filem tersebut.
5. Ayat popular "I'll be back" seharusnya disebut sebagai "I will be back" oleh Arnold. Arnold merupakan orang Austria dengan pelat Inggerisnya hanya membolehkan beliau menyebut I'll Be Back.
6. Filem ini hampir disaman oleh pengarang buku The Outer Limit atas dakwaan palagiat.
7. Slyvester Stallone dan Mel Gibson pernah dipertimbang untuk memegang watak Terminator.
The Terminator mempunyai banyak fakta menarik. Jika nak tahu lanjut boleh kaji sendiri ya. Bagi mereka yang belum pernah tengok filem The Terminator try ler tonton secara atas talian. Ariyos bebeh!!
No comments:
Post a Comment