Misteri kapal SS Ourang Medan

Misteri SS Ourang Medan memang kurang famous dalam kalangan rakyat di negara kita. Tapi kalau di Indonesia, kisah ini mungkin sudah dianggap sebagai legenda.

SS Ourang Medan ni bukan merujuk kepada orang, binatang, coklat, komputer dan sebagainya tapi merujuk kepada sebuah kapal dagang yang dianggap berhantu.

Yang menyeramkan kisah ini ialah tentang crewnya. Misteri ini dipercayai berlaku di perairan Indonesia dengan SS Ourang Medan sudah pun di'gaming'kan dan mendapat sambutan dalam kalangan penggemar game di seluruh dunia pada masa sekarang.

Rujukan mengenai misteri ini telah mula disiarkan oleh akhbar The Albany Times pada 1948. Dakwaan tahun berlakunya misteri ialah antara tahun 1940, 1947 dan 1948.

Menurut kisahnya, ketika dalam pelayaran di kawasan Selat Melaka, dua buah kapal milik Amerika Syarikat iaitu City Of Baltilmore dan Silver Star telah mengesan Kod Morse yang dihantar oleh seorang operator dari kapal SS Ourang Medan. 

"S.O.S daripada Ourang Medan. *** Kami hanyut. Semua para pegawai termasuk kapten mati dalam ruang perbicaraan di anjungan. Kemungkinan semua krew mati***"

Isyarat terbabit diikuti dengan beberapa Kod Morse mengelirukan sebelum ia diakhiri dengan dua ayat: "Saya mati,".

Kapal dagang Silver Star telah mengesan kedudukan isyarat kecemasan ini. Setelah kapal SS Ourang Medan tersebut dikesan, beberapa orang krew segera naik untuk menyiasat dan mencari para krew kapal malang yang tidak mengalami kerosakan berkenaan.

Bagaimanapun sesuatu telah memeranjatkan krew Silver Star sebaik sahaja mereka menaiki kapal SS Ourang Medan terbabit,

Di atas kapal berkenaan, kesemua krew termasuk seekor anjing telah ditemui mati dengan mata masih terbeliak dan mulut terlopong. Berdasar riak wajah, krew SS Ourang Medan seolah-olah berhadapan dengan kejadian menakutkan sehingga mereka mati pada saat itu juga di lokasi kejadian.

Krew Silver Star segera melakukan bedah siasat di atas kapal malang tersebut dan mendapati bahawa tiada sebarang tanda luka serangan dikesan berlaku pada mayat kesemua krew SS Ourang Medan.

Untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan, pihak Silver Star bercadang mahu menunda kapal SS Ourang Medan ke pelabuhan yang terdekat.

Namun apabila mereka mahu berbuat demikian, ruang simpanan kargo SS Ourang Medan tiba-tiba terbakar hingga ia memaksa semua krew Silver Star bertindak menyelamatkan diri dari kapal malang terbabit.

Kapal SS Ourang Medan terus terbakar dengan marak sebelum ia akhirnya tenggelam di lautan sambil membawa krew dan misteri sebenar disebalik kejadian berkenaan.

Dua spekulasi timbul mengenai kejadian ini. Ada dakwaan mengaitkannya dengan simpanan kargo berbahaya di dalam kapal tersebut. Ada mendakwa ia berkaitan dengan kejadian keracunan Karbon Monoksida.

Kisah kejadian terbabit pernah menarik perhatian CIA pada tahun 1959 dahulu. So, apa kisah sebenar yang berlaku terhadap SS Ourang Medan dan krewnya?

Rujukan: wikipedia











No comments:

Post a Comment