Sekumpulan penduduk dari Rumah Panjang Selantik Ili, Pantu di Sri Aman, Sarawak, gempar apabila salah seorang daripada mereka terakam gambar tangan misteri ketika melepak di luar sebuah rumah pada lewat petang.
Gambar tangan misteri itu dirakam menerusi telefon pintar berjenama Honor 8A.
Ada diantara mereka mendakwa bahawa kemunculan tangan ghaib tersebut adalah disebabkan oleh setting kamera pada telefon pintar berkenaan.
Manakala itu pula ada mendakwa bahawa tangan ghaib berkenaan adalah milik roh orang kampung yang sudah meninggal dunia dan tidak mahu melepaskan peluang untuk melepak bersama mereka di luar rumah sekitar rumah panjang itu.
Kejadian ini dilaporkan berlaku pada akhir tahun lepas. Hantu atau kesilapan kamera? Entah lah.
No comments:
Post a Comment